Meeshadeba kata dia percaya kalau bestfriend jadi couple,,tapi couple x mungkin jadi friend even bestfriend..never! coz kat hati akan ada satu rasa yang xkan padam walaupun x bersama lagi..
orang yang nak putuskan memang senang ucapkan tapi bagi orang yang mendengar sangat susah untuk terima..tapi dalam kes-kes lain nak ucap kata putus tu susah amat and orang yang terima kata putus tu sangat senang terima dan mulakan hal yang baru..
Tapi ada sesetengah orang ambil masa yang lama untuk ucapkan apa yang terpendem padahal orang yang mendengar sudah lama sedia untuk mendengar apa yang nak di ucapkan..kenapa perlu tunggu,nak tunggu apa? xkesian ke kat orang yang dah menunggu lama tu? dan bila yang menunggu jawapan tu cuma dapat jawapan yang menghancurkan hatinya..
orang yang dah menunggu lama sedih mendengar apa yang dikata..hancur hatinya xsiapa yang tahu..pengorbanannya selamani xpernah di ingati..bertarung nyawa untuk hati-hati yang mungkin akan terluka..xkan siapa tahu..dan dia akan melupakan apa yang telah dilalui oleh yang telah lama menunggunya..
Wednesday, August 12, 2009
Strongly refuse to Accept
Posted by eyda at 11:31 PM 0 comments
Wednesday, July 29, 2009
Indahnya Islam
A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
May Allah bestow this favour on all of us.
Posted by eyda at 10:12 PM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
Tentang Aku (eyda) lahir 29 Syawal 1404/28 julai 1984
SYAWAL :
Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
perwatakan mengikut kalender Islam.
Tapi aku da lembut da..aku da x suke gadoh2..
Tahu Tak Berapa Umur Kita Dalam Bulan Islam
Sekadar renungan dan 'muhasabah' diri dari lanjutan ilmu 'TARIKH LAHIR' dan perilaku kita sebagai hamba di muka bumi ini. Sampai-sampaikanlah .
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM :
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan
yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR :
Tabiatnya buruk.
Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL :
Perwatakannya baik.
Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR :
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL :
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR :
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB :
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik..
Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walau bagaimana pun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN :
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN :
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL :
Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH :
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru..
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH :
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Posted by eyda at 8:55 PM 0 comments
lagu2 sedih intuk jiwa lara
Apa Sebenarnya
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu,Akan aku berlalu bila tiba saat itu,Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku,Kerana yang berlalu kehendakmu,Hanya tuhan yang lebih tahu,Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu,Hingga kini jatuh satu persatu,Engkau membiarkan ku,Air mata bertamu tidak kenal erti jemu,Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu,Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku,Kehadiranku ini menyusahkan,Yang terhalang kejujuranku,Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan,kerana tertutup pintu hati mu,Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran,Yang ingin kau nyatakan,Aku rela terima semua....
ENGGAN
Enggan berterusan,Dalam penasaran,Dalam kegelapan ku tercari,Engganku menanti,Dalam penyeksaan,Kini cintaku masih gelisah,Enggan dipersia,Enggan berkelanan,Semarak cinta belum terbela,Ku sentiasa akur berdoa,Enggan kecewa,Ku disaksi oleh jelapang kasih,Nan terbentang kekeringan,Aku sebenarnya insan yang dahaga,Cinta tapi tak berdaya,Mestikah aku yang dulu meluahkan,Jalan cinta mu enggan mengundang,Engkau dah berteman aku merasakan,Cintamu masih berkelana,Cuba kau nyatakan,Walau kepahitan,Asalkan terjawab persoalan,Makin membuahkan keresahan,Tabir cintamu belum terbuka,Sedang masaku makin terbuang,Enggan kau mengulas,Enggan ku terbilas,Oleh madahmu yang berkias,Ku sentiasaAkur menanti
Sehingga jelas
Kau masih ku sayang,Sehangat waktu cinta bermula,Tidak pernah pudar,Kasihku padamu,Sekalipun musim berlalu,Kau masih ku rindu,Walaupun tidak aku lafazkan,Tidak pernah aku,Membenci dirimuSekalipun engkau sakiti,Aku masih seperti dulu dahulu,Merahnya cintaku,Menyala di kalbu,Aku masih yang kau kenal dulu,Harumnya kasihku,Semerbak merindu,Ku merenung jauh
Kiranya ku hidup bersamamu,Akan ku cuba,Bahagiakanmu,Sekalipun hati terluka
Setia Kukorbankan
Inikah dugaan yang kuterima,menyintaimu sepenuh jiwa,untuk bersamamu kesabaran
membakar fikiran,rinduku embunan di lautan,cintamu debunga berterbangan,tak pernah mempeduli kasih sayang,yang aku korbankan,kau janjikan bahagia (berjanjilah),namun kau hantui dengan gurauan berbisa,kau janjikan setia (setialah),rapuhku berpegang untuk hidup bersamamu,kembalilah hangati semula asmaraku denganmu,demi cinta suci,andainya tak mungkin kumiliki,keayuan kasih impianmu,lepaskan asmara di jiwaku,setia kukorbankan
Yang Lebih Kau Cinta
Ku cuba untuk yang terbaik ,Namun ada dia yang lebih kau cinta ,Yang lebih kau cinta
Namun akan terus berusaha untuk memenangi ,Walaupun ku tahu ,Kecundang jua akhirnya
Mengapa tidak dapat aku ,Memadamkan kenangan manis bersama mu ,Bahagia yang aku harap-harapkan ,Tak ingin aku rasa dipertandingkan ,Sehingga diri diperbandingkan Untuk selamanya ,Ketika cinta ini masih lagi bertakhta ,Selagi jiwa ini masih jua ingin dipuja
Katakanlah pada ku di mana kekurangannya ,Untuk kita bahagia berdua saja ,Bisakah aku jadi yang terbaik ,Kerana ada dia ,Yang lebih kau cinta ,Yang lebih kau cinta
Posted by eyda at 7:59 PM 0 comments
HappY beSdaY eYda 28 July
Posted by eyda at 12:34 AM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
IT WAS ONLY A KISS
I'm coming out of my cage
And I've been doing just fine
Gotta gotta be down
Because I want it all
It started out with a kiss
How did it end up like this
It was only a kiss, it was only a kiss
Now I'm falling asleep
And she's calling a cab
While he's having a smoke
And she's taking a drag
Now they're going to bed
And my stomach is sick
And it's all in my head
But she's touching his-chest
Now, he takes off her dress
Now, letting me go
And I just can't look its killing me
And taking control
Jealousy, turning saints into the sea
Swimming through sick lullabies
Choking on your alibis
But it's just the price I pay
Destiny is calling me
Open up my eager eyes
Posted by eyda at 1:14 AM 0 comments
Friday, July 24, 2009
Tanda-tanda ajal makin tiba
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Posted by eyda at 12:25 AM 0 comments
