BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

: Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul maut

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah
Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut..
Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan
bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam
kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i) Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh
bersama2 semak.

ii) Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada
orang yang tengah nazak.

iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan
mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha
illallah".

v) Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap
"Laa ila haillallah" lagi.

vi) Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita
dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal
kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Wassalam.


0 comments: